Friday, February 1, 2008

Buka puasa di Hotel Concorde Shah Alam 2007

Rezki berkat kerana Muafakat,Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu: 1. Wajah yang manis dan berseri-seri. 2. Tutur kata yang bersopan. 3. Hati yang bertaqwa kepada Allah. 4. Tangan yang dermawan. Empat perkara bagi penghuni neraka: 1. Muka yang muram. 2. Tutur kata yang keji. 3. Hati keras yang engkar. 4. Tangan yang kedekut (bakhil). Sabda Rasulullah S.A.W., "Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara: 1. Dengan berilmunya para ulama. 2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah. 3. Dengan orang kaya yang dermawan. 4. Dengan doanya orang yang fakir."